Words floating in sound。
idk lol
Sunday, May 11, 2014 1:58 AM
Tumblr



Happy mother's day mom. Wished to say more but I don't know if you'll read this. 

So, sorry guys sebab lambat sehari heh semalam ada hal sikit. I hope you don't miss me ummm actually I do ................. 


Minggu lepas dah janji nak cerita berkenaan pengalaman dekat Terengganu kan. Okay so, sebenarnya aku pergi hari selasa, waktu sekolah ahaha minggu depan exam kau boleh lagi bercuti eh. Eh eh sebenarnya ada hal kena pergi Terengganu.

Kitaorang duduk dekat Grand Continental . Nice. Macam biasa, aku memang akan terperap je duduk dalam bilik hahaha kalau ayah aku ajak aku pergi kolam ke apa, aku tak nak. Lepas itu, kitaorang jalan-jalan cari makan. Dekat Terengganu mestilah keropok lekor dia yang best en. Jeng jeng why not ? 

The next day, kitaorang pergi Kapas Island. Yeay. Waktu itu kan waktu sekolah. So, lebih kurang macam 3 keluarga je ada dekat pulau itu. So, memang rasa macam private beach. Best gila sebab tak ramai orang. Tapi waktu itu panas lol pantai memang lah lagi panas. 

Ada satu perkara sampai sekarang aku tak boleh lupa. Aku pergi kfc lepas itu aku orderlah. Lepas itu, aku tak faham langsung apa dia cakap ahaha. "makesinikebaka" itu je yang aku dengar. Aku cakap "ha?" 3 kali kot pastu kali ke-4 takkan nak cakap ha lagi. Aku pun cakap "makesinikebaka?" dengan muka aku yang blur. Lepas itu, orang dekat sebelah aku gelak dengan orang kfc itu pun gelak. Lol malunya. Tapi serius, lepas ini kalau pergi terengganu lagi, aku nak belajar slang diaorang dulu kalau tak satu pun tak faham. Oh apa yang dia cakap itu sebenarnya "makan sini ke bungkus?"  kali ke-5 itu dia cakap slow motion baru aku faham.


Wee dah habis. 




Tumblr 



Au revoir