Words floating in sound。
jatuh cinta. hahaha
Sunday, November 25, 2012 7:05 PM


Tumblr_ltjaxanxjy1qhi9y0o1_400_large


Assalamualaikum :) hari ini hana nak share satu kisah jatuh cinta kali pertama ( lawak ) :

Start in 
| 3
| 2
| 1

 START 

aku betul-betul sukakan cik H. 

Honestly, bila aku nampak cik H, jantung aku berdegup kencang. Sangat-sangat kencang. Masa tu aku tak faham lagi apa maksudnya. Dah baligh ni baru aku faham apa maksudnya. Jadi, disebabkan aku langsung terkelu bila tiba masa nak tegur, aku membuat keputusan untuk berkomunikasi melalui surat cinta dengan cik H. Berpucuk-pucuk surat cinta aku utus kat cik H. Namun satu pun tak berbalas. Tapi, dari segi body language , jelingan mata, dan senyuman cik H, aku dapat rasakan dia memiliki rasa dan perasaan yang sama kat aku yang kacak ni. Dulu muka aku macam David Beckham masa muda. Entah macam mana sekarang boleh tertukar macam Shahrizal Jaszle plak.  

15 MAC 1997

Pada tarikh yang bersejarah ini, aku membuat keputusan untuk bertentangan mata dan menegur cik H. Aku betul-betul nekad. Biar pun dibaling dengan taik sekalipun, aku akan terus menggagahkan diri untuk menawan hati cik H. Bagi aku, jikalau aku tak mengambil peluang yang ada ni, cik H akan melepas ke dalam tangan orang lain. Lagi-lagi ramai budak yang dah usyar cik H ni. Kalau aku lambat, silap-silap aku kempunan. 


9 APRIL 1997


Setibanya hari yang dah aku nekadkan, aku menunggu cik H masuk kelas. Memang aku dah agak yang cik H akan ditugaskan menjaga kelas apabila cikgu tak masuk. Kalau tak silap aku, minggu tu memang cikgu tak masuk kelas tapi aku tak ingat apa sebabnya. Mogok gaji agaknya. Jadi, bila aku nampak je kelibat cik H melangkah dalam kelas buruk aku, aku terus berdiri tegap. Aku berjalan terus menuju ke arah cik H yang berada di hadapan kelas.  Langkahan kaki diperkemaskan seolah-olah aku sedang berkawad sambil mulut aku bising menjerit, 'Kiri kanan kiri kanan!'.

Setibanya lebih kurang 10 meter dari cik H.

" Awak yang comel, cantik, manis, dan natural beauty tu! Saya yang kacak ni amat sangat sukakan awak tu! Tolonglah kapel dengan saya. Kalau awak kapel dengan saya, saya akan jemput awak pergi dan balik sekolah naik basikal tua saya! Saya jamin! Ini bukan janji tapi pasti!",teriak aku hinggakan kelas yang pada asalnya riuh tiba-tiba menjadi diam. Seketika kemudian, terdengar bunyi tepukan gemuruh oleh pelajar-pelajar yang lain dan diikuti pula dengan laungan mereka beramai-ramai yang menyebut, ' Terima lamaran itu! Terima lamaran itu! Terima lamaran itu!'.

Aku semakin bersemangat. Riak wajah aku serlahkan lagi dengan senyuman yang sangat manis dan berseri. Aku memandang cik H. Wajahnya terpamer satu senyuman. Aku pasti! Cik H memang jatuh cinta dengan aku! Dan dia pasti akan menyahut seruan cinta aku ini! 

Aku menjerit nama Khalijibin, rakan sekelas yang duduk bersebelahan aku. Dan tanpa banyak soal, Khalijibin terus melemparkan sejambak bunga dari sudut belakang kelas. Siap dengan pasu sekali. Dengan penuh bergaya, aku menangkap pasu tersebut menggunakan tangan kanan. Tapi sayangnya terlepas. Bersepai pasu tersebut kat muka aku. Berdarah hidung aku. Tapi aku tidak mempedulikan tragedi tersebut. Dengan tenangnya aku mencapai beberapa tangkai bunga yang terpacak di dalam mulut dan menghulurkan kepada cik H. Pergh! So sweet! 

Selepas itu, aku mengarahkan mata aku pula untuk memainkan peranan. Tanpa banyak soal juga, mata aku terus terkenyit-kenyit kepada cik H. Aku memandang lagi cik H yang kelihatan tersipu-sipu malu. Namun secara tiba-tiba cik H menoleh ke arah aku dengan satu senyuman yang positif. Dada aku semakin berombak kencang. Aku semakin berdebar. Dan secara tiba-tiba cik H mengambil bunga yang aku hulur dan menggenggam kemas tangan aku. Secara tiba-tiba pipi aku blushing tatkala cik H memandang aku dengan pandangan yang sangat indah. 

" Saya terima lamaran awak yang kacak ni. Mulai hari ni  kita akan kapel. Kita adalah pasangan kapel. Tolong catit di dalam diari awak ataupun buku biodata awak.Perhatian kepada semua pelajar! Hari ni bersaksikan korang semua, kitorang dengan rasminya adalah pasangan kekasih!",ujar cik H sebelum beliau membelai rambut belah tengah aku dan menyanyikan lagu memori daun pisang. Riuh kelas masa tu dengan sorakan daripada kawan-kawan yang lain. Beberapa ucapan tahniah juga aku terima daripada mereka semua.

Secara tiba-tiba...

Kelepek! Kelepek! Kelepek! Kelepek! Kelepek!

" Apa ni cikgu Zoragon??!! Kenapa tiba-tiba lempang saya?!",soal aku kebingungan selepas dilempang laju-laju oleh cikgu kelas.

Tiba-tiba pulak aku rasa nak sambung entri ni. Heh heh. Aku sambung yer.. Nak  tau apa terjadi, jangan lupa terjah episod ke dua kisah cinta aku ni. So Sweet habaq hang.

 bersambung....


This story is not owned by me. This is originally by : bon
kalau nak tahu sambungannya, tunggu entry lepas ni okay :p