Words floating in sound。
Jatuh cinta Part 2
Wednesday, November 28, 2012 3:15 AM

Tumblr_m4dq17ey2g1qajjdco1_500_large

PART 2

" Kepala Jimbit kau Cikgu Zoragon!! Kau apa hal jilat-jilat kaki aku? What the nonsense!! Behave yourself before I kick your mouth!",jerkah Khalijibin sambil tak henti-henti melempang-lempang pipi gebu aku ini.

" Aku berangan rupanya!! Pergh!! Aku jilat kaki kau?!!",soal aku sebelum mula rasa loya-loya. Dan seketika kemudian, aku tidak dapat lagi menahan keloyaan itu dan terus memancutkan muntah tepat ke wajah Khalijibin.

Khalijibin tersentak. Tangan beliau secara tiba-tiba terkapai-kapai di udara seolah-olah badan beliau sedang terbakar. Mata hitam beliau hilang. Buah halkum beliau pula deras turun naik turun naik. Tapi mulut tak berbunyi apa-apa pun. Tidak lama kemudian, Khalijibin terus pengsan tidak sedarkan diri. Menyampah aku. Ada aku kisah. Baru kena muntah dah overacting. Aku hanya memerhatikan Khalijibin yang terbaring kaku di atas riba mak cik kantin. Mak cik kantin tersebut membelai lembut wajah Khalijibin sambil menitiskan air mata. Terkejut aku. Tiba-tiba muncul pula mak cik kantin. Pelik jangan dihirau. Memang pelik pun.  Tanpa mempedulikan aksi asmara mereka berdua, aku terus menjeling ke sudut hadapan kelas. Cik H masih berada di situ sambil gigih menulis nama pelajar yang bising di dalam buku nota beliau. Aku nekad. Aku nekad untuk beraksi seperti mana yang aku angankan sebentar tadi. Lamar cik H, hulur bunga dan bersedia untuk dibelai oleh cik H. Ye!! Itu perancangan aku. Sama seperti halusinasi aku sebentar tadi. Bibir aku terukir satu senyuman nakal. Tak semena-mena aku terus berdiri sambil menumbuk ke langit. Gapai semangat katanya. Mulut aku terkumat-kamit menyebut 'Agi Hidup Agi Gelaban!!'.

" Awak yang di sana!! Kenapa berdiri?!!",teriak cik H dari kejauhan.

Aku tersentap. Tiba-tiba neves aku datang mencanak-canak. Dada aku berdegup kencang. Peluh jantan serta-merta mengalir membasahi lelangit dahi aku. Bibir aku terkumat-kamit 
membaca sifir 2 untuk menghilangkan rasa takut dan neves tersebut. Apabila semangat kembali pulih, aku melangkah menuju ke arah cik H sambil membetul-betulkan spek mata besar aku. Dalam langkahan penuh bermakna itu, semangat dikuatkan lagi kerana aku ingin merealisasikan apa yang dah aku rancangkan sebentar tadi. Langkahan kaki aku semakin lama semakin laju dan tangkas. Semakin lama aku semakin hampir dengan cik H. Hinggalah aku benar-benar berada lebih kurang 1cm daripada cik H.

" Hah! Nak apa?!",soal cik H sambil menoleh wajahnya ke arah aku. Wajah kami berdua saling bertentangan. Secara tiba-tiba aku menggigil-gigil. Azam dan semangat sebentar tadi tiba-tiba lenyap tanpa dapat dikesan. 

" Sss...SSS..Sss...Saya...."

" Apa SSsss..SSssss???!!!!",jerkah cik H.

Terlompat aku sejenak. 

" Saya nak pergi berak!!",jawab aku spontan. Di dalam hati terbit seribu kekesalan kerana tidak dapat mengotakan keazaman aku sebentar tadi. Dan seketika kemudian, aku terus berlari keluar dari kelas. Entah macam-mana aku tak dapat berlari dengan laju. Tiap kali aku pecut, ia akan menjadi larian merentas desa. Yang slow dan malas. Dan menjadikan ia lebih dramatik apabila tiba-tiba berkumandang lagu AWAN NANO. Macam hampeh. Menambah lagi kesedihan yang bersarang di dalam hati. Kesedihan tidak mampu lagi aku bendung. Sedang aku berlari-lari manja itu, aku ternampak sebiji tong sampah berwarna hitam. Aku mengambil keputusan untuk menekup muka ke dalam tong sampah kerana tidak mahu pelajar lain melihat aku menangis. Air mata ini terlalu mahal untuk dipamerkan kepada orang lain. Sejam aku mencangkung dan menekup muka ke dalam tong sampah hinggalah mod aku itu terganggu dengan kehadiran Cikgu Zoragon yang muncul tiba-tiba dari dalam tong sampah tersebut. Tanjat aku. 

" Kenapa ni wahai pelajarku?",soal cikgu Zoragon sambil mengesat air mata yang bercucuran di pipi aku.

" Saya sedih cikgu. Cinta saya bertepuk sebelah tangan."

" Sebenarnya, dalam usia kamu ni, kamu mesti tumpukan perhatian pada pelajaran. Bukan bercinta. Percayalah cakap saya. Jika kamu berjaya satu hari nanti, perempuan sendiri yang akan cari kamu. Kamu boleh tengok saya sebagai contoh. Sampai sekarang kesemua cikgu-cikgu perempuan sekolah ni tergila-gila dan berebutkan saya. Tu tak termasuk cleaner-cleaner sekolah lagi. Apatah lagi gadis yang jaga kedai buku. Percayalah wahai pelajarku.",ujar cikgu Zoragon sambil memegang bahu aku. Hampir pengsan aku dibuatnya dek bau mulut cikgu Zoragon. Tapi , apa yang dikatakannya itu memang ada benarnya. Memang itu yang terbaik. Aku berpegang teguh kata-kata cikgu Zoragon selama sebulan. Sebulan kemudian aku kembali memulakan aktiviti mengorat cik H. Yelah, budak-budak. Umur 14 tahun. Tau-tau je lah. Masuk telinga kiri keluar telinga kanan.

-Tammat-

Jadi inilah kisah cinta pertama aku yang totally GAGAL pada tahun 1997. Hahahahaha. Tapi agak menarik sebenarnya bila kita terimbas dan terkenang kembali sejarah lama kan? Rasa macam nak kembali ke zaman sekolah dulu. Rindu pada segala-galanya. Pesanan kepada kawan-kawan dan adik-adik yang masih bersekolah tu, peganglah pada kata-kata Cikgu Zoragon. Sebab pada umur sementah itu, bukanlah masa yang sesuai untuk bercinta. 


credit to : BON