Words floating in sound。
Difference
Sunday, December 15, 2013 6:18 PM
Untitled


Hello guise c:

Ye ye aku tahu, result pmr keluar tak lama lagi ehe, ready ? ready tak ready keluar juga lol, tapi untuk semua 98 liners yang baca ini, saya mendoakan awak semua dan saya sendiri mendapat keputusan cemerlang dalam pmr tahun ini (2013) iaitu pmr yang terakhir. Kita dah berusaha, sekarang tengok macam mana hasilnya pula lah. Macam masak juga lol memandai je letak persamaan sendiri tapi betul apa kalau masak kan kena letak cukup garam, gula, bawang etc, kena kawal api, kena jaga supaya tak hangus, kalau dah cukup masa, angkat dan boleh rasa. Kalau sedap, means kita dah pandai masak benda itu. 

Dah cukup dengan kemerapuan di situ. Sebenarnya aku nak bercerita tentang "perbezaan". Dalam dunia ini kan ada yang putih, hitam, pendek, tinggi, gemuk, kurus etc tapi warna darah semua sama kan ? jadi kenapa mesti mempertikaikan, kalau orang yang anda rasa "jahat" itu buat baik dengan anda, apa reaksi ? sebab itu, jangan melabel orang :-) semua orang dilahirkan baik. Semua orang diberi peluang untuk berubah, kita semua sangat bertuah sebenarnya sebab hidup lagi kerana diberi lagi peluang untuk berubah menjadi lebih baik. 

Dan yang pelik sekarang, orang sekarang sangat "judgemental". Suka menilai orang. Hanya nak kawan dengan orang yang cantik, hensem, kaya, famous (luaran) . Mengejar ke"famous"an lol aku tak apa aku mengejar biskut famous amos ahaha. Dan sekarang ini, aku selalu nampak adegan meniru di situ. Kalau idol kita pakai beg macam itu, kita pun nak juga. Tak salah cuma carilah identiti sendiri. /peringatan untuk diri aku juga/ lol sebab kalau aku tengok idol aku pakai beg macam itu, aku pun nak ah pabo me. 

Sejujurnya lah, aku pun pernah jadi judgmental dulu. Tapi sekarang, aku mula sedar, dan aku berubah, masih berubah dan akan teruskan berubah menjadi lebih baik. Aku minta maaf kalau aku ada buat salah kepada pembaca blog ini, kawan kawan aku, sesiapa je lah, minta maaf :-) dan kepada yang bertanya kenapa aku cakap umur aku 11 dekat ask.fm, bukan aku tak nak balas, lol cuma tak ada jawapan. Aku suka nombor ganjil aha. Minta maaf eh kalau post ini ada sakitkan hati ke, tak betul ke ehe. Aku buat post macam ini sebab mak aku suruh share benda baik dekat blog lol.


"you're beautiful in your own way"

Adios.