Words floating in sound。
Schoool first week
Thursday, January 16, 2014 2:53 AM



Hola guys !
Sihat ? best tak pergi sekolah ? Haaa banyak persoalan di situ heh. Aku harap korang semua sihat sejahtera ;u; 

Hari ini, kita akan bercerita mengenai "school's first week"

Aku akan campurkan mengenai persahabatan sikit, garam sikit, gula sikit, hehe rasa macam nak lepaskan semua :)

Aku ingat lagi waktu dekat dewan, waktu itu cikgu nak agihkan kelas. Aku takut sangat. Aku tak nak berpisah dengan kawan-kawan lama aku. Waktu itu perasaan dia lain. Kita mula rasa menghargai, rasa takut nak berpisah, gementar semua ada. Tapi bila aku dengar nama aku dekat kelas 4 sains 1. Aku lega sangat. Lega sebab ramai kawan aku ada dekat kelas itu. Sebab .... aku tahu ramai yang pergi sekolah lain nanti :]

Melangkah masuk ke dalam kelas. Kelas okay ... tak ada elektrik ... fine ;A; aku duduk sebelah pintu. Dapat rasa angin. Best. Cikgu masuk. Ustaz Kamil itu lah guru kelas kitaorang heh. "Humorous" orangnya. Aku suka orang macam itu jadi bila ajar tak bosan. 

Semalam aku cek keputusan asrama. Ohh aku tak dapat. Fikiran aku terus jadi kosong. Lepas itu, aku fikir, mungkin bukan rezeki aku. 


Telefon aku berbunyi. Ada mesej, kawan aku tanya, dapat ke tak ? dah cek ? macam mana ? aku biar. Kemudian aku cek "group chat". Oh ... ada kawan aku dapat kisas. Jeles, sedih ? memanglah. Lumrah manusia. Aku fikir banyak benda waktu itu. "Okay ...." tak apa. Perasaan itu sedikit demi sedikit hilang dan sekarang aku dah boleh terima hakikat. Cewah padahal aku bukannya sedih sangat pun. Bila aku teringat balik, 2 kawan aku dah dapat. Aku sedar, semua orang akan pergi ... meninggalkan kita and yup .. aku kena move on, sebab suatu hari nanti semua ada hidup sendiri. Hakikat hidup. Semua orang kena terima.


"It's okay, I know, you'd leave anyway.                            " Everyone does"
Hargailah orang yang masih ada di sisi anda sebelum diaorang pergi. Bina banyak kenangan indah bersama mereka sebab kita tak tahu bila diaorang akan pergi dan bila diaorang akan kembali.