Words floating in sound。
Pernah?
Saturday, November 16, 2013 7:44 AM
Untitled | via Tumblr

Pernah?
Pernah tak kau rasa sayang sangat dekat seseoarang 
sampai apa dia buat, apa dia cakap, apa dia fikir
apa dia fikir, apa dia percaya
apa dia suka, apa dia benci
semua kau nak tahu

sampai kau sanggup maafkan apa juga salah dia
kecil, besar, kau sanggup lupakan
sebab nak lupakan salah itu
lebih mudah daripada kau pilih untuk lupakan dia
sampai dia kau letak paling atas

apa yang lain cakap
apa kanan kiri bisik
kau dengar tapi kau peduli apa
untuk buang dia, mustahil
sampai kau bukan setakat bayangkan 
malah kau doakan 
yang masa depan kau
dah tertulis dia ada

sampai godaan lain
secantik sekacak mana
tak akan lebih cantik
tak akan lebih kacak
daripada dia di mata kau

sampai mampu tertitis air mata kau
kalau dibayang hidup kau tanpa ada dia
Pernah?


Aku pernah. Aku pernah sayang sangat dekat seseorang sampai suatu tahap itu aku mula tak kisah dah, sampai bila aku jumpa dia, aku tak rasa apa-apa, rasa kosong, rasa dah biasa sebab terlalu terbiasa sayangkan dia. Hati mula berubah.

Korang pernah ?

Sofa biru - Nadira brundage


Adios