Words floating in sound。
Truth
Saturday, November 23, 2013 12:52 AM
Life

[Announcement]

Aku rasa aku akan berhenti jadi exo stan ._. serius, sorry kepada exo stan yang lain, tapi aku rasa tak adil kalau aku exo stan tapi hati aku masih kepada bigbang lol. Aku rasa aku minat exo sebab "muka" diaorang sahaja, dan aku tak nak, aku tak nak minat sesebuah group itu berdasarkan rupa. Aku nak aku minat sebab talent dan lagu diaorang. Jadi aku rasa tidak adil kalau aku jadi exo stan :-) jadi dengan ini berakhirlah status aku sebagai exotics.  Still, aku akan support diaorang, still watch diaorang punya music video tapi dengan status sebagai vip :-) aku baru sedar ini pun sebab MAMA semalam. Bila diaorang menang, aku macam ..... entah lah, tak rasa apa-apa, tapi bila gd menang, perasaan itu tak dapat diungkapkan, rasa macam ...................... /bahagia/ ahaha 

Dan bila bigbang buat persembahan, aku happy gila, rasa macam "my king is back!", bila exo buat, aku pun happy tapi tak segembira bila bigbang buat dan muka luhan waktu dia kena gari itu lawak ahaha. Aku dengar kyungsoo cedera. Semoga dia cepat sembuh c: 

Jangan bash aku sebab aku berhenti jadi exotics ._. setiap orang ada hak masing-masing untuk memilih, setiap manusia, mempunyai pandangan yang berlainan, kan :-)


p/s: Tapi aku still minat kai dengan chanyeol ahaha, they're way too cute ehehe. Dan aku ulang lagi, aku still "support" diaorang. Jadi janganlah pelik kalau aku still letak gambar diaorang ke apa ke. Yang berbeza sekarang cuma keutamaan.


"Things have changed. I am no longer the way I am before"


Ciao