Words floating in sound。
Homie
Monday, December 2, 2013 3:11 AM
Carla Gameiro | via Facebook


Holla guys ~
Dah lama tak update kan ? well, baru balik dari rumah auntie OuO best duduk sana. Rasa macam tak nak balik je. Rasa macam nak duduk lagi seminggu tapi tak ada lah best sangat pun ahaha kena dera masak duduk sana sobs. Dekat sana kebetulan ada nenek. So, memang habislah, saudara yang datang tengok aku menangis kupas bawang ahh memalukan negara betul lol ehehe tapi aku dah reti bake kek okay ._. harap faham aku newbie. Aku dah pandai buat chocolate dengan cheese cake OuO first try, jadi. Gembira sangatttt. 

Auntie aku macam puji je "ala, hannah masak mesti semua sedap punya", waktu itu aku dah kembang macam apa ._. tapi sedap lah oho, mungkin kawan aku yang baca post ini pelik en sebab peratus aku nak kata sesuatu makanan itu sedap dan memenuhi citarasa aku amatlah rendah peratusnya. Jadi, maafkan hamba kalau tidak membalas sms dari tuan-tuan dan puan-puan eh cik sekalian OuO aku tak ada masa nak tengok phone.

Phone aku telah dibiarkan selama aku berada di sana. Cerita the heirs pun aku tak layan sobs, nampak tak betapa aku tak ada masa nak buat semua itu sebab sibuk dengan kehidupan di sana. Dan untuk makluman, aku seorang je pergi sebab auntie aku ada ajak dulu, kalau tak ada apa-apa nak buat, datanglah sini. So, aku pun macam boring duduk rumah, so apa lagi :B

Sila maafkan hamba ye ehehe c: oklah bai. Aku baru balik rumah sebenarnya.

"easy come, easy go"


Adios